Bahan Asas Umpan Patin Kolam (Pallet)
|
Umpan Pallet Untuk Ikan Patin Kolam |
Para pemancing kolam sedia maklum bahawa diet pemakanan ikan di kolam memancing adalah berbeza dengan ikan patin liar di sungai atau lombong. Ini kerana patin kolam yang sudah di ajar sejak kecil dengan memakan makanan protein pembesaran seperti pallet.
Oleh itu
pemancing kolam patin harus mengikut diet pemakanan ikan tersebut. Berikut adalah antara bahan-bahan asas bagi membuat
umpan patin kolam (bahan-bahan tambahan akan dibincangkan di lain posting) :
1. Pallet Ikan
Terdapat pelbagai jenis pallet yang boleh digunakan namun kebiasaannya
pallet jenis 920, 6363 dan 929 adalah yang sering digunakan oleh kaki
pancing kolam patin kerana kandungan proteinnya yang tinggi.
| | |
Pallet 920 |
|
Pallet 6363 |
2. Santan Segar / Santan Kotak
Seterusnya adalah campuran bancuhan bersama pallet iaitu santan kelapa. Boleh digunakan santan segar atau santan kotak. Penggunaan santan adalah mengikut teknik bancuhan pemancing itu sendiri.
|
Santan kelapa segar |
|
santan kotak segera |
3. Paste Perasa
Paste perasa antara bahan terpenting untuk
memancing ikan patin kolam. Ianya bertujuan menarik perhatian ikan untuk memakan umpan. Berbagai jenis paste yang boleh digunakan seperti strawberi, pandan, durian
dan lain-lain lagi.
|
Strawberi |
|
Pandan |
4. Essen Starbrand
Penggunaan essen jenis starbrand adalah yang paling polupar terutamanya
essen perasa pisang dan nanas. Kegunaannya adalah untuk menaikkan lagi bau umpan yang digunakan.
5. Kelapa Parut
Kelapa parut digunakan bertujuan untuk memudahkan pallet yang dikepal berderai apabila berada didalam air bagi tempoh tertentu. Ini akan membuatkan ikan ingin mengutip umpan pallet yang didalamnya terdapat matakail. Untuk hasil yang lebih baik, kelapa parut boleh diperam bersama mauripan / yis untuk menjadikannya masam.
|
kelapa parut |
|
mauripan / yis serbuk |
Kelima-lima bahan ini adalah asas kepada pembuatan umpan untuk
memancing patin kolam dengan menggunakan kaedah umpan pallet.