![]() |
Ikan Patin |
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 30kg ke atas. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan dan buah-buahan dari pokok di tepi sungai.
Ikan patin sungai (patin liar) mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar.
Ikan patin yang diternak di Malaysia biasanya dikenali sebagai Patin Kolam atau Patin Sangkar dan spesies Ikan Patin yang paling banyak diternak di Malaysia adalah dari spesies Pangasianodon hypophthalmus. Pangasianodon hypophthalmus yang terlepas dari kolam atau sangkar ternakan dan mula hidup liar di sungai-sungai adalah spesies invasif kerana ia menjejaskan kepelbagaian genetik ikan patin asal di Malaysia dan biasanya dikenali sebagai Patin Lawang atau Patin Siam.
Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
- Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
- Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
- Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
- Patin Buah (Pangasius nasutus)
- Patin Muncung (Helicophagus wandersii)
- Patin Juara (Pseudolais micronemus, pernah dikenali sebagai Pangasius micronemus)
Didalam blog ini saya akan membincangkan segala macam teknik dan umpan untuk memancing ikan patin terutamanya patin kolam.
No comments:
Post a Comment